Rabu, 19 Mei 2010

Meet The Robinsons 9

keep moving foward!!!

YAEAH!sekarang baru ili pahamm..paham apa? yela kalau difikir-fikirkan apa yang berlaku ada hikmah nye kan. cuma kita sebagai manusia kena bersabar jew..daan..


KEEP MOVING FOWARD!!
huhu mungkin ayat ni macam biasa dengar kan? tapi tak dapat memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan..hmm haritu..dah lama dah..ili tengok cerita kat disney channel.cerita meet the robinsons..
cerita best, boleh la..cerita pasal budak suka sains pergi masa depan..
haha saya tengok katun..peduli apa cerita tu ok..tak la merepek.ada mesej..
erm bila tengok baru ili paham sebenarnya. mungkin apa yang ili cari sedikit sebayak terjawab kat situ..okeyy..

erm,, klu hayati betul-betul cerita tu memag agak sedihla..masa tengah search kat youtube trjumpa lak video ada yang menagis tengok cerita ni..hehee saya memahami dia.mesti ada sesuatu yang menyentuh hati dia..haha comel.. <3

ermm sebenarnya..kita tak perlu pandang ke belakang dan risau segala apa yang kita buat..terus kehadapan.ambil la kesilapan dulu tu sebagai pengalaman dan perbaiki balik apa kelemahan kita.tak semua manusia ni sempurna dan segala apa yang kita buat tu akan terus nampak atau dapat hasil nya.yang penting kita kena berniat betul-betul apa yang kita mahukan dan bertawakal kpd NYA.

lepas dapat tawaran sambung belajar ni terbuka sikit minda ili. rasa nya banyak yang perlu ili perbaiki jasmani dan rohani..macamana nak tangani emosi lak..hurmm..HAHA

terimakasih CIKGU.CIKGU KU..;

Pn.nora ili tahniah dapat IPTA!

Khairul Bariyah Bt Nokman tq ili..miss u 2..congrats...dapat UiTM buat architechture kan...all the bes

Tumadhir Zaid May 17 at 10:40am Report
tahniah, u are the only one yg fast track terus sambung degree kan? all the best!

Azlin Abdul Aziz May 1 at 3:52pm
Hai ili congrats ...amboi xshare pun berita happy ni ngn sy =>

dan kpd cikgu hisham yg menjelaskan semuanya kpd ili.

*hehe yg trharu miss tum walaupun die xajar.erm ley lg die msj kat fB..tengs..sgt terharu!! <3 <3

insyaallah ili cuba buat yang terbaik.risau jugak sekarang ni..macam-macam ada dalam kepala otak ni..huhu
macamane dengan b.inggeris saya? MUET? ermm takut tak boley bawak. mesti antara nya ramai lelaki yang hebat-hebat..huhu...

Apa-apa pun ili athira awak kena cuba dulu. buat yang sehabis baik ye.. 
YEAH!!

Khamis, 13 Mei 2010

syukur sangat.sangat..

alhamdulillah..
akhirnya dapat jugak ili tawaran pergi uitm..hehe.suke.suke..
tapi tu la ada jew perasaan keraguan dalam hati ni..hmmm
biar aje laa..tak nak fikir bukan-bukan..huhu
ili dapat sarjana muda sains (senibina)..
mesti ramai yang pelik ili dapat kos tu..sebeb sarjana muda..
degree kan?? haha diri sendiri pun tak pasti..macam mana??
tak pe laa..syukur sangat-sangat..
seronok tengok ayah happy..hermm..
ibu punn.. ;)
apa yang penting lepas ni belajar jew sunguh-sunguh..
okey ili??

okey.. <3

saya nak jadi arkitek yeah!

Selasa, 27 April 2010

saya tahu saya boleh!

ili sedih..huhu..
hari tu kat fb ili terbuka foto fifi rakan sekelas ili masa form4 dengan form 5..
kenapa sedih?takde la semua tu gambar masa hari anugerah kecermerlangan untuk spm..
haha masa form 5 dulu ili dah niat dah.
untuk spm nanti ili nak ayah dengan ibu datang sekolah tengok ili ambil anugerah.
sampai ili berangan takut nanti kena bagi ucapan kat depan..;P
(hahaha. angan-angan mat jenin)

ili tahu ili tak pernah nak buat dorang bangga dengan ili. sukan pun ili tak aktif..
kalau boleh inilah peluang yang ili patut buat..
tapi...kat mana silap ili..ili tak tahu..ili xmampu nak capai semua matlamat tu..
lagi sikit jew..tapi nak buat macam mana dah tak de rezeki..

g.mah tahniah..=)

pastu ili ada nampak lagi sorang budak kelas ili..
azimah..dia satu kelas dengan ili satu meja prep jugak...
hmm..dia pun dapat anugerah tu..
ili selalu kejut dia bangun 4 5 pagi stady...
apa yang dia buat.ili pun buat tapi kenapa ili tak cemerlang macam dia?
hmm tiba-tiba timbul perasaan tak adil.
apa salah ili?

mungkin banyak salah ili tapi ili tak perasaan.
hubungan ili dengan allah pulak macam mana? mungkin bile ili susah je ili ingat kat die..
masa ili betul-betul terdesak baru ili minta daripada dia..
hubungan ili dengan ibu ayah??mungkin kadang-kadang ili sombong dengan diaorang?
mana tahu..kita kadang-kadang tak perasan apa yang kita buat an?
hmmm..mungkin...
niat ili belajar pulak??

ili mmg kerja keras masa belajar.tapi kadang-kadang apa yang ili belajar pun ili tak paham..
hahaha pengakuan..itu sememagnya salah ili..
hmmm..teringat pulak masa ili form3..masa pmr..
pagi sebelum ili masuk kelas ili bukak buku.
masa dalam kelas lagi la..
petang stay kat sekolah sampai pukul5..study sorang-sorang kat library..tak pun dengan ika.
malam tuisyen sampai pukul 10..
tengah malam..buat kerja sekolah..
huhu..memang penat! sangat penat! tapi member ili kelas A tak buat macam tu pun..
she super genius kat sekolah..hmm jeles kat die..macamana nak jadi macm dia....
hmm fikir-fikir balik..penat nye...
last.last pmr dapat 5 a jer geng ili sume dapat 6a ke atas..im the worst..huhu..malu gler..

mintak teknik pun dapat intake yg ke tiga???
hmm sedeyyy...sekarang mengalami benda yang sama jugak..
metrik takdapat.maktab pun sama...
huhuuu...dah nasib..saya meredhai sahaja...

mugkinn ada sesuatu yang patut ili ubah..untuk diri ili..ili ada baca kat majalah pasal seorang nih nama die abdul rashid abdul aziz..beliau ialah penerima anugerah pingat emas timbalan nain canselor akademik dan antarabangsa.apa yang die cakap mungkin betul.maybe ili boleh ikut apa yang dia buat..sebelum ni dia cakap dia dihantui perasaan takut, tidak berani bercakap, nervous, kurang keyakinan..ili pun mengalami..nak beli aiskrim pun fikir sepuluh kali sebab apa? sebab malu nk nak cakap..haha..
benda- benda tu semua ada kena mengena dengan kecermerlangan dan kejayaan seseorang kan?itu menunjukkan keyakinan kita. ye ye saya mengerti..
saya patut ubah..

apa yang ili patut buat dulu kaji apa yang ili patut perbaiki dalam diri ili..
eh ada lagi dia cakap buat perancangan dan startegi..
itu yang sepatutnya..mungkin kalau ili nak patah balik dah tak boleh.sekarang cuma cari keyakinan untuk ke menara gading pulak.. yeah!




Isnin, 19 April 2010

sombong?

hey...
kenapa lah hati ni macam kurang terima lagi pindah kat raub ni..
ili nak balik s.alam..
kawan-kawan semua kat sana..
lepas spm haritu dah plan dah nak buat apa.
tapi tak ada rezeki kot...
tapi.ok jugak pindah kat sini sebenarnya.
banyak benda jugak ili belajar.
kat sane tak semestinya li boleh keluar ke kan?
hemm tapi hati tetap cakap tak puas jugak...

tapi ili pelik..
kenapa hidup ili sentiasa sorang.sorang..
dari dulu lagi..
ili teringin nak ada kawan baik boleh kongsi semuanya.
tapi ili tak de..
adik beradik perempuan pun tak ada..
ili pelik..
kenapa yer?

kalau difikir-fikirkan...
memang salah ili..
ili ada tengok cerita apa entah.
die cakap kalau kite nak gembira kite kena berusaha..
berusaha?
hmm..ili berusaha cari kawan?
tak..sebab memang tak de kawan..
em ili sombong kan..
padahal ada jew sape.sape..
humm..sala ili..
ili pun tak reti nak gila.gila macam dorang.dorang.
hmm.entah la pelik hidup ni..



tapi ili rindu sangat.sangat budak dorm ili.sangat gila.gila.
dorang cakap ili matang.dorang nak jadi macam ili.
tapi..
ili nak jadi macam dorang.haha..
RINDU F3..=) rindu mereka sangat.sangat =)

Sabtu, 17 April 2010

sedih ke??

erm.agak sedih la gak tak dapat metrik.
sedih??
haha sebenarnya ili pun tak tau apa perasaan ili.
sedih ke, ok key..haha.
erm sebenarnya ili sedih sebab bile ili nak kuar dari rumah ni!
maybe its sound rude.
tapi..entah la.
ili dah fikir dah..
kalau ili dapat metrik.. mungkin pastu ili sambung bidang2 yang berkenaan.
pastu sambung jadi cikgu..
haritu dah interview uitm senibina.
erm kalau lah ili dapat.
ili cuba teruskan belajar.sampai aku jadi pensyarah.
takpun tunggu maktab.
jadi cikgu jugak..
ili nak jadi cikgu?
ermm itu memang cita-cita ili sebenarnya.
arkitek?
pun cita-cita ili.

hmm. kalau difikirkan.ili risau..
ili bukan orang yang sentiasa bertuah..
jadi..teruskan berdoa.berdoa.dan berdoa..
insyaallah rezeki ada kat mana-mana jew..
DIA sudah tentukan semuanya.
hanya tunggu, bersabar dan..
harapkan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.=)

Khamis, 15 April 2010

luahan perkataan..

salam.
huhu.terbuat jugak blog sendiri akhirnya..
dah lama jugak ili tak tulis diari..
serabut la nk baca diari tu..
tak tahu la..
ili suka meluahkan isi hati ili.
mungkin untuk tatapan ili jew.
tapi skunk rasa.rasanya takpa kot nak pamarkan kat sini.
entahlah..

ili sentiasa harapkan sesuatu tapi tak tahu apa.
mungkin ili tak dapat jawapan lagi.
mana tahu.insyaallah sampai masanya nanti..

Pengikut